Monday, November 22, 2010

Membina Tandatangan Digital


Mungkin ini benda lama yang korang sudah tau , tapi bagi sesiapa yang belum tahu anda bolehlah baca artikel ini sampai habis. Kalau anda sudah tau tentang maklumat ini anda boleh baca-baca artikel lain yea. Ok , pada artikel kali ini aku nak berkongsi dengan pembaca tentang membina tandatangan atau signature peribadi anda secara online. Biasanya signature ni orang letak kat bawah selepas menulis artikel di blog masing-masing.


Untuk membinanya anda boleh berkunjung ke laman web http://www.mylivesignature.com/. Di situ anda dapat memilih bentuk-bentuk tandatangan yang anda suka kemudian download ke PC anda untuk dimasukkan dalam web anda. Ikut sahaja langkah-langkah yang disediakan.

Ok. Selamat mencuba.


Wednesday, April 21, 2010

Picture Collage Maker free 2.1


Perisian ini membolehkan anda mengubahsuai foto yang anda ambil supaya nampak lebih dan dikongsi dengan rakan-rakan di internet.


Dengan perisian ini anda dapat menyusun foto anda menjadi sebuah kolaj ( collage ) agar ia kelihatan lebih menarik. Menggunakan perisian Picture Collage Maker tidaklah sukar dan ianya boleh anda muat turun secara percuma melalui sumber http://picturecollagesoftware.com/free/index.html . Saiznya adalah 14.5MB . selamat mencuba,

Friday, April 9, 2010

Audio Extractor For Free

Perisian Audio Extractor adalah merupakan antara periasian percuma iyang boleh anda dapati di internet. Ia membolehkan anda mengambil atau mengekstrak audio daripada klip video pelbagai format yang anda jumpa di dalam web video. Antara format video yang disokong oleh perisian percuma ini ialah AVI, FLV, MP4, MPG, MOV, RM, 3GP, WMV, VOB dan lain-lain. Manakala audio yang telah berjaya anda ektrak dari video boleh disimpan dalam format MP3, AAC, AC3, WMA, FLAC, OGG atau WAV.

Perisian ini boleh mengekstrak audio dari klip video dalam masa yang singkat dan ciri-ciri yang disediakan dalam perisian ini adalah ramah pengguna. Anda boleh cuba dengan memuat turun perisian percuma ini di http://www.freemp3wmaconverter.com/software/

Tuesday, March 16, 2010

iWisoft Free Video Converter


Perisian ini adalah percuma. Menerusi perisian ini , anda boleh menukar format dan menyunting video / movie seperti seorang pro. Antara format video / movie yang disokong olehnya ialah AVI,WMV, FLV, MP4, MPEG, MKV , RM , RMVB , SWF , MOV , M4V , 3GP dan HD. Manakla audio pula ialah MP3, WMA, WAV , OGG, M4A, AC3 , AAC, FLAC dan APE.

Selain itu anda boleh melakukan suntingan video / movie seperti memotong, mencantum, menambah teks/imej , menukar kecerahan, melaraskan audio dan banyak lagi. Anda boleh dapatkan perisian percuma ini di :
http://www.easy-video-converter.com/

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More