Friday, January 9, 2009

CCleaner Penyapu Komputer Anda

Penyapu percuma untuk membersihkan PC anda. Rumah anda yang kotor perlu dibersihkan tipa-tiap hari , begitu juga dengan PC anda yang tentunya ada banyak sampah yang perlu dibuang supaya ia tetap maintain dan laju , barulah puas hati. Lebih-lebih lagi komputer yang telah lama anda pakai. Di sini saya ada jumpa satu program percuma yang dipanggil CCleaner, ia adalah freeware , dah ada free tu maksudnya percumalah tak payah keluarkan duit.

Program ini akan membuang fail-fail yang tidak lagi digunakan dan juga fail-fail sementara yang disimpan semasa anda melayari internet yang terdapat dalam sistem anda. Apabila semua fail yang sampah tadi dibuang ia akan membolehkan windows anda berfungsi dengan pantas, lebih efisyen dan memberi ruang yang lebih kepada hard disk anda.

Kelebihan program ini juga ia merangkumi pembersihan terhadap fail-fail registry anda yang lama yang tidak digunakan lagi. Failnya juga kecil, laju dan PERCUMA.




Wednesday, January 7, 2009

Screamer Radio


Apa pulak program ni ? Ha , nilah program yang anda boleh gunakan untuk mendengar radio di Internet. Anda boleh dengar radio IKIM.fm misalnyer atau fungkur.fm. Dengan menggunakan program ini juga anda boleh merekodkan rancangan radio anda dengan format mp3. Aku dah guna dah, ok jugak program ni. Saiz failnyer kecil jer.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More