Saturday, November 26, 2016

KECILKAN SAIZ DATA GAMBAR

Jika anda ingin kecilkan saiz data gambar atau imej tanpa menjejaskan kualiti gambar dan ukurannya, maka anda boleh menggunakan laman web berikut. Saiz data gambar anda akan ditukarkan secara online dan ia adalah percuma. Anda boleh muat naik gambar dalam format .png atau .jpeg.

https://tinypng.com/

Tuesday, September 15, 2015

CARA MENGHASILKAN KUIZ


Dalam FrogVLE seorang guru boleh menghasilkan soalan-soalan kuiz untuk diberikan kepada pelajar sebagai tugasan. Fungsi untuk membina kuiz hanya dibenarkan untuk guru sahaja, Terdapat empat bentuk kuiz yang kita boleh hasilkan samada berbentuk soalan dengan pilihan jawapan, soalan betul atau salah, soalan gambar pilihan dan teks bebas . Untuk anda yang belum mengetahui cara membina kuiz, bolehlah meneruskan bacaan di bawah. Saya akan terangkan cara-cara menghasilkan kuiz.

Langkah 1 : Login akaun anda ( guru )
Langkah 2 : Klik FrogDrive
Langkah 3 : Klik Quizzes
Langkah 4 : Klik New Quiz 

Langkah 5 : Isikan nama quiz , Subject, Form dan Instruction.
Langkah 6 : Setelah selesai klik add questions
Langkah 7 : Pilih bentuk soalan yang hendak dibina.

Langkah 8 : Tentukan jawapan yang betul
Langkah 9 : Untuk tambah soalan klik butang tanda tambah berwarna biru.
Langkah 10 : Apabila sudah selesai klik pada gambar GEAR dan klik SAVE. 

Langkah 11 : Klik gambar GEAR sekali lagi dan klik PUBLISH untuk membolehkan soalan kuiz ini digunakan untuk tugasan kepada pelajar.

Soalan kuiz yang telah diPUBLISH boleh juga dikongsikan dengan guru lain dalam sekolah yang sama untuk digunakan sebagai tugasan kepada pelajar mereka.

Selamat mencuba.

Cara untuk membolehkan murid menjawab soalan kuiz guru.

CARA BERKONGSI SOALAN KUIZ


Assalamualaikum semua, pada kali ini saya ingin berkongsi berkaitan dengan soalan kuiz yang kita bina dalam FrogVLE. Soalan-soalan kuiz yang kita bina di dalam laman FrogVLE kita sebenarnya boleh dikongsi dengan rakan-rakan guru kita di dalam sekolah yang sama. Contohnya rakan kita si A yang membina soalan kuiz, apabila beliau PUBLISHkan kuiz tersebut maka kuiz  dapat dilihat oleh warga guru dalam sekolah yang sama. Ia juga bermaksud kuiz tersebut dapat dikongsi dengan rakan yang lain. Si B boleh menggunakan soalan kuiz tersebut untuk pelajar-pelajarnya. 

Apa kelebihan situasi di atas kepada warga guru sekolah tersebut ? Tak dapat fikir ? Mudah jer, sebenarnya ia menyenangkan kerja guru sekiranya semua guru bekerjasama untuk menyediakan soalan kuiz kepada murid. Kerja-kerja membina soalan dapat dibuat dengan lebih kemas dan menjimatkan masa. Bagaimana tu ? Ok , saya bagi contoh, katakan terdapat tiga orang guru yang mengajar matapelajaran BM untuk kelas tahun 3. Maka mereka boleh membahagikan tugas untuk menyediakan soalan-soalan kuiz mengikut topik yang ditetapkan. Sorang buat topik A , sorang lagi buat topik B dan sorang lagi buat Topik C. Kemudian apabila semua sudah selesai semua guru tadi boleh menggunakan soalan-soalan berkaitan topik A,B dan C tadi untuk diberikan kepada murid kelas masing-masing sebagai tugasan dalam FrogVLE. Mudah tak ?. Atau pun kita boleh buat bengkel membina soalan kuiz mengikut panitia masing-masing. Kemudian kongsi untuk semua orang. Kuiz ini tidak akan hilang selagi anda tidak padamkan ia, dan ia boleh digunakan semula pada tahun hadapan untuk murid yang lain pula. Tidak perlu buat benda yang sama tiap-tiap tahun. :)

Ok, nampak tak idea tu ? Satu perkara lagi soalan yang dikongsi oleh rakan anda tidak boleh anda edit selagi anda tidak menyalin soalan kuiz tersebut. Gunakan fungsi Duplicate Quiz untuk memboleh anda mengEDIT kuiz yang rakan anda bina itu jika terdapat soalan-soalan yang ingin anda ubah. Kemudian anda PUBLISH kan kuiz tersebut supaya dapat digunakan untuk dijawab oleh murid anda. Selamat mencuba !

Wednesday, September 9, 2015

CARA BERKONGSI FAIL MELALUI TIME LINE


Antara fungsi Time Line dalam Frog Vle ialah membenarkan anda berkongsi fail dengan murid secara personal atau secara kumpulan atau pada site yang anda inginkan. Apabila anda mengupload fail tersebut melalui Time Line kemudian menghantar fail tersebut kepada mereka melalui fungsi SENDCOPY TO ... maka ia akan terpapar di Time Line mereka. Rakan anda boleh mendownload fail tersebut dengan cara mengKLIK fail yang dikongsi.

Berikut dikongsikan caranya :

1. Login akaun VLE.
2. Paparan TimeLine anda akan muncul.
3. Klik butang UPLOAD
4. Selesai UPLOAD klik DONE
5. Fail yang anda upload tadi akan terpapar di TimeLine anda.
6. Klik gambar gear yang ada di sebelah kanan atas pada fail yang anda ingin kongsikan.
7. Klik SEND COPY TO .. 


8. Tulis nama personal, group atau site yang anda ingin kongsikan.
9. Klik DONE.  

Monday, November 22, 2010

Membina Tandatangan Digital


Mungkin ini benda lama yang korang sudah tau , tapi bagi sesiapa yang belum tahu anda bolehlah baca artikel ini sampai habis. Kalau anda sudah tau tentang maklumat ini anda boleh baca-baca artikel lain yea. Ok , pada artikel kali ini aku nak berkongsi dengan pembaca tentang membina tandatangan atau signature peribadi anda secara online. Biasanya signature ni orang letak kat bawah selepas menulis artikel di blog masing-masing.


Untuk membinanya anda boleh berkunjung ke laman web http://www.mylivesignature.com/. Di situ anda dapat memilih bentuk-bentuk tandatangan yang anda suka kemudian download ke PC anda untuk dimasukkan dalam web anda. Ikut sahaja langkah-langkah yang disediakan.

Ok. Selamat mencuba.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More