Wednesday, January 28, 2009

Macam-Macam IT

Soalan :

1. Senaraikan laman web yang menawarkan servis pertukaran format daripada .flv ke .avi.

2. Macam mana nak letakkan password dalam fail ?

3. Bagaimana nak download movie dengan UTORRENT ?

Jawapan :

1. Anda boleh cuba laman web http://vixy.net .

2. Cuba perisian berikut Crypto Lock yang boleh dimuat turun dari http://www.rtsoftware.org .

3. Anda boleh cari fail Torrent yang juga dikenali sebagai index atau tracker menerusi google. Fail Torrent akan mempunyai .torrent dihujungnya. Kemudian menerusi uTorrent klik fail kemudian Add Torrent atau Add Torrent from URL untuk muat turun sebarang dokumen.

Kunci Fail

Soalan :

Bagaimana nak kunci fail yang ada dalam disc CD/DVD dan Thumdrive/pendrive supaya tidak dapat di copy atau di burn ? Saya nak melindungi data-data penting saya supaya tidak dicetak rompak oleh orang lain. Seperkara lagi, ada tak antivirus yang paling baik untuk thumdrive/pendrive dan juga untuk telefon bimbit yang menggunakan kad memori ?

Jawapan :

Anda boleh cuba Softwar ( www.softwar-protect.com ) untuk melindungi CD/DVD. Manakala untuk thumdrive anda boleh mencuba Encrytion Shield ( http://www.encryptionshield.com ).

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More