Tuesday, September 15, 2015

CARA MENGHASILKAN KUIZ


Dalam FrogVLE seorang guru boleh menghasilkan soalan-soalan kuiz untuk diberikan kepada pelajar sebagai tugasan. Fungsi untuk membina kuiz hanya dibenarkan untuk guru sahaja, Terdapat empat bentuk kuiz yang kita boleh hasilkan samada berbentuk soalan dengan pilihan jawapan, soalan betul atau salah, soalan gambar pilihan dan teks bebas . Untuk anda yang belum mengetahui cara membina kuiz, bolehlah meneruskan bacaan di bawah. Saya akan terangkan cara-cara menghasilkan kuiz.

Langkah 1 : Login akaun anda ( guru )
Langkah 2 : Klik FrogDrive
Langkah 3 : Klik Quizzes
Langkah 4 : Klik New Quiz 

Langkah 5 : Isikan nama quiz , Subject, Form dan Instruction.
Langkah 6 : Setelah selesai klik add questions
Langkah 7 : Pilih bentuk soalan yang hendak dibina.

Langkah 8 : Tentukan jawapan yang betul
Langkah 9 : Untuk tambah soalan klik butang tanda tambah berwarna biru.
Langkah 10 : Apabila sudah selesai klik pada gambar GEAR dan klik SAVE. 

Langkah 11 : Klik gambar GEAR sekali lagi dan klik PUBLISH untuk membolehkan soalan kuiz ini digunakan untuk tugasan kepada pelajar.

Soalan kuiz yang telah diPUBLISH boleh juga dikongsikan dengan guru lain dalam sekolah yang sama untuk digunakan sebagai tugasan kepada pelajar mereka.

Selamat mencuba.

Cara untuk membolehkan murid menjawab soalan kuiz guru.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More