Tuesday, September 15, 2015

CARA BERKONGSI SOALAN KUIZ


Assalamualaikum semua, pada kali ini saya ingin berkongsi berkaitan dengan soalan kuiz yang kita bina dalam FrogVLE. Soalan-soalan kuiz yang kita bina di dalam laman FrogVLE kita sebenarnya boleh dikongsi dengan rakan-rakan guru kita di dalam sekolah yang sama. Contohnya rakan kita si A yang membina soalan kuiz, apabila beliau PUBLISHkan kuiz tersebut maka kuiz  dapat dilihat oleh warga guru dalam sekolah yang sama. Ia juga bermaksud kuiz tersebut dapat dikongsi dengan rakan yang lain. Si B boleh menggunakan soalan kuiz tersebut untuk pelajar-pelajarnya. 

Apa kelebihan situasi di atas kepada warga guru sekolah tersebut ? Tak dapat fikir ? Mudah jer, sebenarnya ia menyenangkan kerja guru sekiranya semua guru bekerjasama untuk menyediakan soalan kuiz kepada murid. Kerja-kerja membina soalan dapat dibuat dengan lebih kemas dan menjimatkan masa. Bagaimana tu ? Ok , saya bagi contoh, katakan terdapat tiga orang guru yang mengajar matapelajaran BM untuk kelas tahun 3. Maka mereka boleh membahagikan tugas untuk menyediakan soalan-soalan kuiz mengikut topik yang ditetapkan. Sorang buat topik A , sorang lagi buat topik B dan sorang lagi buat Topik C. Kemudian apabila semua sudah selesai semua guru tadi boleh menggunakan soalan-soalan berkaitan topik A,B dan C tadi untuk diberikan kepada murid kelas masing-masing sebagai tugasan dalam FrogVLE. Mudah tak ?. Atau pun kita boleh buat bengkel membina soalan kuiz mengikut panitia masing-masing. Kemudian kongsi untuk semua orang. Kuiz ini tidak akan hilang selagi anda tidak padamkan ia, dan ia boleh digunakan semula pada tahun hadapan untuk murid yang lain pula. Tidak perlu buat benda yang sama tiap-tiap tahun. :)

Ok, nampak tak idea tu ? Satu perkara lagi soalan yang dikongsi oleh rakan anda tidak boleh anda edit selagi anda tidak menyalin soalan kuiz tersebut. Gunakan fungsi Duplicate Quiz untuk memboleh anda mengEDIT kuiz yang rakan anda bina itu jika terdapat soalan-soalan yang ingin anda ubah. Kemudian anda PUBLISH kan kuiz tersebut supaya dapat digunakan untuk dijawab oleh murid anda. Selamat mencuba !

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More