Friday, April 9, 2010

Audio Extractor For Free

Perisian Audio Extractor adalah merupakan antara periasian percuma iyang boleh anda dapati di internet. Ia membolehkan anda mengambil atau mengekstrak audio daripada klip video pelbagai format yang anda jumpa di dalam web video. Antara format video yang disokong oleh perisian percuma ini ialah AVI, FLV, MP4, MPG, MOV, RM, 3GP, WMV, VOB dan lain-lain. Manakala audio yang telah berjaya anda ektrak dari video boleh disimpan dalam format MP3, AAC, AC3, WMA, FLAC, OGG atau WAV.

Perisian ini boleh mengekstrak audio dari klip video dalam masa yang singkat dan ciri-ciri yang disediakan dalam perisian ini adalah ramah pengguna. Anda boleh cuba dengan memuat turun perisian percuma ini di http://www.freemp3wmaconverter.com/software/

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More