Wednesday, January 28, 2009

Macam-Macam IT

Soalan :

1. Senaraikan laman web yang menawarkan servis pertukaran format daripada .flv ke .avi.

2. Macam mana nak letakkan password dalam fail ?

3. Bagaimana nak download movie dengan UTORRENT ?

Jawapan :

1. Anda boleh cuba laman web http://vixy.net .

2. Cuba perisian berikut Crypto Lock yang boleh dimuat turun dari http://www.rtsoftware.org .

3. Anda boleh cari fail Torrent yang juga dikenali sebagai index atau tracker menerusi google. Fail Torrent akan mempunyai .torrent dihujungnya. Kemudian menerusi uTorrent klik fail kemudian Add Torrent atau Add Torrent from URL untuk muat turun sebarang dokumen.

Kunci Fail

Soalan :

Bagaimana nak kunci fail yang ada dalam disc CD/DVD dan Thumdrive/pendrive supaya tidak dapat di copy atau di burn ? Saya nak melindungi data-data penting saya supaya tidak dicetak rompak oleh orang lain. Seperkara lagi, ada tak antivirus yang paling baik untuk thumdrive/pendrive dan juga untuk telefon bimbit yang menggunakan kad memori ?

Jawapan :

Anda boleh cuba Softwar ( www.softwar-protect.com ) untuk melindungi CD/DVD. Manakala untuk thumdrive anda boleh mencuba Encrytion Shield ( http://www.encryptionshield.com ).

Friday, January 9, 2009

CCleaner Penyapu Komputer Anda

Penyapu percuma untuk membersihkan PC anda. Rumah anda yang kotor perlu dibersihkan tipa-tiap hari , begitu juga dengan PC anda yang tentunya ada banyak sampah yang perlu dibuang supaya ia tetap maintain dan laju , barulah puas hati. Lebih-lebih lagi komputer yang telah lama anda pakai. Di sini saya ada jumpa satu program percuma yang dipanggil CCleaner, ia adalah freeware , dah ada free tu maksudnya percumalah tak payah keluarkan duit.

Program ini akan membuang fail-fail yang tidak lagi digunakan dan juga fail-fail sementara yang disimpan semasa anda melayari internet yang terdapat dalam sistem anda. Apabila semua fail yang sampah tadi dibuang ia akan membolehkan windows anda berfungsi dengan pantas, lebih efisyen dan memberi ruang yang lebih kepada hard disk anda.

Kelebihan program ini juga ia merangkumi pembersihan terhadap fail-fail registry anda yang lama yang tidak digunakan lagi. Failnya juga kecil, laju dan PERCUMA.




Wednesday, January 7, 2009

Screamer Radio


Apa pulak program ni ? Ha , nilah program yang anda boleh gunakan untuk mendengar radio di Internet. Anda boleh dengar radio IKIM.fm misalnyer atau fungkur.fm. Dengan menggunakan program ini juga anda boleh merekodkan rancangan radio anda dengan format mp3. Aku dah guna dah, ok jugak program ni. Saiz failnyer kecil jer.

Saturday, January 3, 2009

AML Free Registry Cleaner

Proram percuma untuk anda lagi , tugasnya untuk membersihkan mana-mana fail registry dalam komputer anda yang tidak diperlukan lagi. Apabila fail tersebut dibuang komputer anda akan lebih laju. Banyak jugalah dia punya fungsi selain membersihkan fail-fail registry komputer anda antaranya ialah membersihkan fail-fail sementara yang tersimpan semasa anda melayari internet.

Free Download Manager


Pernah tengok video kat internet ? Mesti pernahkan , kat youtube.com ke atau kat maner-manerlah. Kadang-kadang kita jumpa video yang kita rasa nak sangat kita simpan sebagai koleksi peribadi . Betul tak ? tapi mungkin ada yang tak tau macam maner nak download video tersebutkan. Ha , kat sini aku nak kongsi salah satu cara camner nak download video tersebut dari youtube.com. Sebenarnya banyak program percuma yang boleh kita gunakan untuk download video kat internet. Yang aku nak kongsi kat sini namenye Free Download Manager. Kat bawah ni aku nak bagi skit cara guna Free Download Manager kepada sapa-sapa yang belum pernah guna. Kalau yang dah pernah guna tu takyah ler baca .

Daftar Email di gmail.com

Dah ada email ? belum ? Tak tau nak buat macam maner ? Kalau begitu anda memang berada di tempat yang betul untuk belajar mendaftar email percuma yang disediakan oleh google.com . Ia agak mudah dan senang dipelajari kalau anda seorang yang rajin menerokai sesuatu yang baru.

Mahir Tek

Rock your world

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More